Kehidupan awal Elizabeth II dari United Kingdom

Elizabeth Alexandra Mary diputerakan di 17 Bruton Street, Mayfair, London pada 21 April 1926. Paduka ayahanda dan bonda baginda ialah Putera Albert, Duke York (kemudian Raja George VI) dan Elizabeth Bowes-Lyon (kemudian Ratu Elizabeth, dan The Queen Mother selepas Elizabeth II menaiki takhta. Elizabeth ditansir (baptis) di Private Chapel Istana Buckingham oleh Cosmo Lang, Biskop Besar York (dan kemudiannya Biskop Besar Canterbury).

Ratu Elizabeth mempunyai seorang adinda, iaitu Puteri Margaret. Mereka diberi pendidikan di rumah. Elizabeth belajar sejarah dengan C. H. K. Marten, diajar agama oleh Biskop Besar Canterbury, serta boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Perancis. Gelaran yang digunakan oleh baginda sejak keputeraan baginda ialah "Puteri Elizabeth dari York" (Her Royal Highness Princess Elizabeth of York).